ARTIKEL SEBELUM

5/05/15

Siapa pilihan rakyat di Parlimen Rompin?



SHAH ALAM - Hari ini adalah hari penentuan siapa yang akan menjadi pilihan pengundi kerusi Parlimen Rompin selepas mengharungi kempen selama 13 hari.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin.

Calon Pas, Nazri adalah anak peneroka Felda Keratong 5, yang kini Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang manakala calon BN, Hasan merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dari tahun 1995 hingga 1999 dan juga bekas Adun kawasan Tioman dan Bukit Ibam.

Sebanyak 460 pengundi awal atau 84.4 peratus daripada 545 pengundi awal telah menjalankan tanggungjawab mereka pada 30 April lepas di empat pusat pengundian, dan seramai 52,744 lagi pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang.

Pada PRU13, Dr Jamaluddin mengekalkan kerusi Parlimen berkenaan untuk penggal keenam setelah mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian Dr Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud