ARTIKEL SEBELUM

1/05/15

Pengganti Anwar dilantik 18 Mei depan



KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang baharu akan dilantik oleh Pakatan Rakyat pada 18 Mei depan, kata
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Anthony Loke, ia bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim‎ yang merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini.

"Kita akan pilih pengganti Anwar selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh nanti. Ia akan berlaku pada persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti," katanya ketika berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan GST di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.‎

Beliau dalam pada itu menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang menentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kerajaan sebagai tindakan adil yang memihak ke hati rakyat.

"Sekarang ini sejak Anwar tiada (ke penjara), beliau (Tun Mahathir) sudah jadi macam Ketua Pembangkang. Buat masa sekarang dia seperti Ketua Pembangkang tak (tidak) rasmi kita," katanya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud