ARTIKEL SEBELUM

25/05/15

Peguam kecam Zahid kerana ‘main politik’ isu Rohingya

Kumpulan peguam Lawyers For Liberty (LFL) hari ini mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa "bermain politik" dengan mencabar kerajaan Pulau Pinang menempatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh di negeri itu.

Pengarah eksekutif LFL Eric Paulsen berkata, isu berkaitan migran dan pelarian sememangnya dikendalikan kerajaan persekutuan dan agensinya.

"Melainkan kalau Putrajaya dan Zahid hendak menyerahkan kuasa mereka kepada kerajaan negeri.”

Laporan Star Online hari ini memetik Zahid mengatakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP harus menerima kumpulan pendatang itu walaupun beberapa lokasi di luar negeri itu dikenalpasti sesuai dijadikan tapak kem sementara pelarian tersebut.

"Kita mahu tengok keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang, diketuai DAP, rakan sekutu PKR dan PAS, yang mendakwa pejuang hak asasi manusia dan selalu mendesak kerajaan menerimapakai dasar kemanusiaan.

"Mereka harus menerima pendatang itu masuk ke Pulau Pinang," beliau dipetik berkata portal berita itu.

Paulsen berkata, buat permulaannya, Jabatan Imigresen, polis, Rela dan pihak berkuasa kesihatan perlu melibatkan pelarian Rohingya dan Bangladesh itu.

"Selepas itu, Putrajaya perlu menangani isu yang melibatkan kerajaan dengan kerajaan dan agensi kerajaan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Bagaimanapun, beliau berkata, tanggungjawab menyediakan tempat perlindungan kepada pelarian itu, sementara menunggu satu penyelesaian muktamad, seharusnya dikongsi oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan Putrajaya harus menempatkan pelarian itu di tanah milik kerajaan persekutuan kerana negeri itu kekurangan ruang di pulau dan tanah besarnya.

Lim memberitahu The Star semalam, ketika ini terdapat 50,000 pelarian Rohingya di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu, oleh itu tanah negeri tidak lagi boleh digunakan untuk menempatkan mereka yang ketika ini terkandas di tengah lautan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud