ARTIKEL SEBELUM

12/05/15

Cermin pejabat Tabung Haji pecah


Tiada unsur khianat atau sabotaj berhubung kejadian pintu cermin utama yang pecah di pejabat Tabung Haji Kangar, Perlis.

Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, pintu cermin utama pejabat Tabung Haji itu pecah pada malam tadi disebabkan cermin tersebut longgar ketika anggota polis bantuan ingin menutup pintu tersebut.

Malah, menurutnya, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut memandangkan ia tidak membabitkan perbuatan atau elemen jenayah.

"Tiada unsur-unsur khianat atau sabotaj. Cermin pecah sebab anggota polis bantuan hendak tutup pintu. Dilaporkan cermin itu longgar. Kejadian berlaku 11 jam yang lalu dan tidak dibuat laporan polis kerana tidak membabitkan perbuatan atau elemen jenayah.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi liar mengenai kejadian ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hari ini satu gambar pintu cermin utama pejabat Tabung Haji di Kangar tersebar di laman sosial.

Lembaga Tabung Haji kini menjadi perhatian berikutan isu pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang sedang dibangunkan.

Bagaimanapun, Tabung Haji kemudian membuat keputusan untuk menjual semula tanah tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud