ARTIKEL SEBELUM

21/03/15

Tian Chua dibebas, polis gagal dapat reman

 


Polis hari ini terpaksa membebaskan Naib Presiden PKR Tian Chua selepas ia gagal untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam satu catatan Twitter, peguamnya, R Sivarasa berkata Tian Chua dibebaskan selepas majistret Sara Zariati menolak permohonan polis untuk mendapatkan tahanan reman.

Permohonan tahanan reman itu didengar di pusat tahanan polis di Jinjang pagi ini.

Tian Chua ditangkap di ibu pejabat daerah polis Dang Wangi semalam ketika dia datang secara sukarela untuk memberi kenyataan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan.

Tian Chua menjadi orang ke-11 ditangkap berhubung perhimpunan 7 Mac itu yang membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Batu itu disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau ddenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahah'.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud