ARTIKEL SEBELUM

21/03/15

Polis: Banner halau kaum India, Cina palsu


KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya satu himpunan mendesak kerajaan menghalau semua kaum India dan Cina dari negara ini adalah palsu.

Banner yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin itu, bertulis himpunan akan diadakan di Dataran Merdeka hari ini serta mendesak kerajaan melaksanakan hudud di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun mengesahkan banner yang mengandungi nama tiga gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai penganjur adalah tidak benar sama sekali.

“Kita sedang menyiasat perkara itu. Persatuan terlibat juga sudah dihubungi dan mereka menafikan mengeluarkan banner tersebut.

“Kata mereka, ia perbuatan pihak yang cuba merosakkan nama persatuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim memberitahu, polis akan me-

Banner yang didakwa mendesak kaum Cina dan India dihalau dari negara ini. mantau sebarang tindakan atau kemungkinan adanya perhimpunan itu hari ini.

“Polis sentiasa sedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya mengulas mengenai perhimpunan protes duduk 24 jam selama seminggu di Dataran Merdeka dari 21 Mac hingga 28 Mac.

Protes duduk itu dijadualkan hari ini di Dataran Merdeka selepas perhimpunan mingguan #KitaLawan di pusat membeli- belah Sogo.




 Polis: Banner halau kaum India, Cina palsu


SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud