ARTIKEL SEBELUM

16/03/15

TUDM pamer aset terbaharu

 
 TUDM pamer aset terbaharu

SHAH ALAM – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mempamerkan aset terbaharunya, pesawat Airbus Military A400M yang tiba di tanah air, semalam pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (Lima '15) bermula 17 hingga 21 Mac ini.

Panglima Tentera Udara TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata, pesawat pengangkut termoden itu akan membuat terbang lintas dan diperkenalkan secara rasmi buat pertama kalinya sewaktu perasmian Lima ’15, esok.

“Seterusnya pesawat berkenaan akan dipamerkan kepada orang ramai sepanjang Lima ‘15 berlangsung,” katanya pada sidang media selepas sambutan ketibaan pesawat A400M dari Seville, Sepanyol di Pangkalan Udara Subang.

Ketibaan pesawat A400M diketuai oleh Leftenan Kolonel Masro Kaliwon dengan dibantu oleh tiga juruterbang dan empat orang Kuartermaster Udara.

Pesawat yang tiba ini, merupakan pesawat pertama dari empat buah pesawat A400M yang dibeli Malaysia, dengan tiga lagi akan tiba secara berperingkat, dua pada tahun ini, manakala pesawat keempat pada suku pertama 2016.

Menurut Roslan, pesawat A400M akan menawarkan TUDM keupayaan pengangkutan berat paling canggih di rantau ini dan melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan serta kemanusiaan yang luar biasa.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud