ARTIKEL SEBELUM

10/03/15

Petisyen kes Anwar pada Obama hampir capai sasaran

 


Lebih 90,000 orang sudah menandatangani petisyen atas talian terhadap Barrack Obama supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen dimulakan oleh bekas duta AS John Malott itu kini hanya memerlukan tidak sampai 10,000 lagi sokongan untuk mencapai sasaran 100,000 tandatangan dalam tempoh dua hari lagi.

Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes Liwat II itu layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas “tuduhan yang direka-reka”.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud