ARTIKEL SEBELUM

31/03/15

Isu Pas Batu: Ada tandatangan surat palsu

Hanya 16 daripada 25 AJK Pas Batu dilaporkan mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan Pas pada 16 Mac lalu.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, Exco Lajnah Penerangan Pas Batu, Mohamad Nawi mendakwa dia tidak pernah menandatangani surat peletakan jawatan seperti yang dikatakan AJK Pas yang lain.

"Dia (Mohamad Nawi) menemui saya dan menyerahkan surat mengatakan dia tidak pernah menandatangani surat letak jawatan seperti yang didakwa.

"Dakwaan tersebut merupakan satu perkara yang serius dan amat mengelirukan pihak kami," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pas Pusat di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kita (Pas Pusat) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut. Ia penting bagi memastikan kesasihan laporan yang kami terima dari Pas kawasan itu," katanya lagi.

Lebih sebahagian dari 25 AJK Pas Kawasan Batu mengisytiharkan berpisah dari Pas Pusat baru-baru ini.

Yang Dipertua Pas Batu, Ishak Surin berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap kepimpinan Pas Pusat khususnya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa gagal bertindak menangani isu-isu dalaman sehingga tercetusnya krisis yang berlarutan dalam parti.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud