ARTIKEL SEBELUM

2/01/15

Jet rasmi kerajaan kini di Bangkok

Selepas berada di London, New York dan Dubai semalam, pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi, menurut sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa.

Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat itu untuk pergi bercuti bersama keluarga, namun Najib terpaksa bergegas pulang selepas banjir di pantai timur bertambah buruk.


Najib juga menggunakan peluang bercuti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, baru-baru ini.

Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.

Pesawat ity sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.


Data laman Flight Radar 24 yang mengikuti perjalanan pesawat 9M-NAA. – January 2, 2015.
Sebelum ini, PKR mempersoalkan di mana pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia.

 Data laman Flight Radar 24 yang mengikuti perjalanan pesawat 9M-NAA.  – January 2, 2015.



Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.

Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA".

Sunber TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud