Kentucky Fried Chicken (KFC) selagi lagi mencetuskan perhatian selepas tersebar video tumbuk dan terajang kakitangannya yang bergaduh sesama sendiri.
Dalam video 36 saat yang kini tersebar meluas di Internet, menyaksikan pergaduhan dua lawan satu antara seorang sepasang lelaki-perempuan dengan seorang lagi lelaki.
Ia bermula apabila seorang wanita memukul rakan sejawatannya dengan topi sebelum sebuah tendangan melayang ke arah lelaki itu.
Pergaduhan itu dileraikan kemudiannya.
Video itu kelihatan seperti dirakam oleh pelanggan daripada depan kaunter pesanan.
KFC dalam kenyataan di Facebook semalam berkata insiden itu berlaku di cawangan Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Syarikat ayam goreng terkenal itu berkata insiden yang berlaku amat dikesali.
“Berdasarkan siasatan awal, pergaduhan itu berlaku antara dua adik beradik dan hal peribadi.
“Kami memulakan inisiatif siasatan dalaman untuk memahami sepenuhnya punca insiden itu,” kata Naib Presiden KFC Ling Mee Jiuan.