ARTIKEL SEBELUM

26/12/14

Tahniah dan selamat bercuti PM Najib

 

SAYA mengucapkan sekalung tahniah kepada PM Najib yang telah bekerja keras dan bersusah-payah mentadbir negara ini.

Kelihatannya pelbagai isu sudah pun selesai. 1MDB selesai apabila berlangsung pertemuan sulit dengan Tun Mahathir. Ekonomi negara kita semakin berkembang tatkala kejatuhan nilai Ringgit beri kebaikan kepada negara. Bahkan, kejatuhan harga minyak dunia juga telah memberi keuntungan besar kepada negara.

Sesungguhnya, PM Najib adalah PM terhebat dalam sejarah negara ini. Beliau sanggup terbang jauh untuk bertemu Presiden Obama demi mendapatkan nasihat dan penyelesaian masalah negara kita ini.

Saya amat berharap agar PM Najib tetap sentiasa berdoa dan bersolat hajat kepada sekalian mangsa musibah besar banjir kali ini walaupun beliau masih sibuk bercuti dan bermain golf nun di Hawaii sana.

Benarlah kata TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin "Berilah masa PM Najib berehat. Dia manusia biasa.."

Tahniah dan Selamat Bercuti PM Najib...

- hdaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud