Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua.
"Alhamdullilah dan syabas kepada Harimau Malaya. Menang dengan Gaya! Saya amat bangga bersama semua Rakyat Malaysia," kata Najib menerusi catatan terbaharu di laman Twitternya.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lepas, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam ini.
Malaysia mendahului Vietnam 4-1 pada separuh masa pertama perlawanan malam ini di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. – Bernama