ARTIKEL SEBELUM

13/11/14

Pembangkang boikot sidang DUN P Pinang

Kumpulan ADUN pembangkang bertindak memboikot persidangan DUN hari ini kerana kecewa dengan tindakan seorang exco DAP, Phee Boon Poh yang didakwa membangkitkan isu remeh-temeh.

Laporan Utusan Online menyebut, ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata perkara itu timbul rentetan daripada perbahasan mengenai isu kandang babi di negeri itu.

“Kelmarin apabila saya bangkitkan isu berkenaan kandang babi di negeri ini, (Phee) Boon Poh bangkit dan menempelak kononnya saya cuba menghalang masyarakat Cina untuk makan haiwan berkenaan.

“Sedangkan, saya mempersoalkan berkenaan kandang babi bukan amalan makan haiwan berkenaan,” katanya seperti dipetik dalam laporan media milik Umno itu.

Menurutnya lagi, tindakan ADUN Sungai Puyu itu seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berhubung isu kandang babi.

“Tetapi mengapa ketika ADUN Seberang Jaya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan di negeri ini mengaitkan wabak penyakit dengan babi, Boon Poh tidak menentang. Mengapa ada pilih kasih dalam soal ini?,” soalnya lagi.

Meluat dengan tindakan tersebut, beliau bersama sembilan lagi ADUN pembangkang bertindak memboikot persidangan hari ini, kata Jahara lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud