ARTIKEL SEBELUM

13/10/14

Saya tak diturunkan pangkat, kata Rafizi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang dilantik sebagai setiausaha agung parti itu menolak dakwaan bahawa beliau 'turun pangkat'.

Sebaliknya, kata Rafizi, jawatan setiausaha agung penting untuk mengukuhkan jentera dan kekuatan parti.

“Kekuatan parti bergantung kepada keberkesanan pejabat setiausaha agung.

"Ia sama sekali bukan turun pangkat,” katanya  .

Rafizi juga menolak dakwaan bahawa kedudukan itu sebagai hadiah kerana beliau sebenarnya memang dalam pemilihan parti sebelum ini sebagai naib presiden.

“Saya tidak kalah pemilihan, saya memang. Parti mahu tumpuan khusus untuk menaik taraf keberkesanan organisasi.”

Beliau mengakui memikul beban berat kerana menjawat dua jawatan sekali gus.

Rafizi menggantikan setiausaha agung sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution.

Berikut lantikan baru dibuat PKR:
Rafizi Ramli setiausaha agung
Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking dilantik naib presiden.
Tan Yew Kew dilantik bendahari agung.
Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah-pengarah pilihan raya.
Sim Tze Tzin mengambil alih tugas pengarah strategi.
Fariz Musa dilantik ketua setiausaha pengelola.
Fahmi Fadzil kekal pengarah komunikasi.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dilantik

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N Surendran
Mustapha Sakmud

Ahli biro politik dilantik

Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William ..

 Malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud