ARTIKEL SEBELUM

8/10/14

Kutipan cukai 20 hartawan tidak boleh didedahkan

Putrajaya tidak boleh mendedahkan jumlah cukai yang dikutip daripada 20 hartawan Malaysia kerana ia melanggar kerahsiaan, kata Datuk Ahmad Maslan menjawab persoalan ditimbulkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, adalah tidak benar dakwaan ketua pembangkang itu yang ada sesetengah hartawan diberi kelonggaran melalui skim pembayaran mudah.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai iltizam melaksanakan pentadbiran tanpa mengira bulu. Termasuk yang terkaya sekali pun, turut dikenakan cukai. Mereka ini penyumbang terbesar."Namun, kita tidak boleh dedahkan (kutipan cukai dari mereka) kerana ia tertakluk pada satu kerahsiaan mengikut Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu hari ini, Anwar menggesa kerajaan memastikan kutipan cukai ke atas 20 hartawan Malaysia seperti T Ananda Krishnan, Datuk Mokhzani Mokthar dan Tan Sri Vincent Tan dilakukan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud