ARTIKEL SEBELUM

18/09/14

Yang buat masalah parti, bukan sultan - Bekas MB

 Tan Sri Muhammad Muhammad Taib 


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) perlu akur dengan kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengkehendaki lebih daripada satu nama calon, kerana arahan sultan tersebut ada rasionalnya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, seharusnya PR akur dengan kehendak Sultan Selangor kerana permasalahan yang berlaku tersebut adalah berpunca daripada parti, dan sultan hanya mahu menyelesaikannya.

"Kalau sudah hantar nama sultan tak nak, cadanglah nama lain. Kalau serah nama, sultan terima. Alhamdulillah.

“Permasalah sekarang bermula daripada parti dan bukannya sultan, jadi sultan tidak sepatutnya diheret dalam isu pengantian menteri besar yang baharu,” katanya pada Wacana Siri ke-31, Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhammad Taib mengingatkan Pas supaya terus memelihara sokongan bukan melayu dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam.

"Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera Pas. Tahap sudah capai macam itu.

"Kepercayaan mereka kepada Pas dan PR serta mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," katanya.- Sinar H

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud