ARTIKEL SEBELUM

25/09/14

Turun tol jika Malaysia juga berbuat demikian

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menegaskan jika Malaysia mengurangkan kadar tol, Singapura akan turut berbuat demikian.

Jurucakap LTA berkata polisi Singapura ialah untuk menyamakan kadar tol yang dikenakan Malaysia.

Jurucakap itu turut menjelaskan tentang laporan media bahawa hanya pengguna yang menggunakan Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) perlu membayar tol yang dinaikkan apabila memasuki pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Malaysia sebagai tidak betul.

Tol Malaysia yang dinaikkan dikutip di CIQ walaupun pengguna tidak menggunakan EDL selepas keluar dari CIQ, sebaliknya pengguna yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ tidak membayar tol, katanya.

Jurucakap itu berkata ini bermakna tol yang dinaikkan merupakan tol tambak. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud