ARTIKEL SEBELUM

25/09/14

Adun baharu Pengkalan Kubor ditentukan hari ini

Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Seramai 23,930 pengundi akan memilih wakil rakyat mereka dalam pertandingan tiga penjuru di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan seorang calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sepanjang 12 hari berkempen yang bermula sejak 13 September lalu tidak banyak isu nasional yang dibincangkan dan kempen lebih berfokus kepada isu negeri dan tempatan.

Calon BN Mat Razi Mat Ail merupakan bekas guru yang mula berkhidmat pada 1988 di Sekolah Kebangsaan Bunohan dan bergiat aktif dalam Umno sejak 20 tahun lalu.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan kontraktor binaan dan individu yang tidak asing dalam kepimpinan PAS setempat.

Selepas ketiga-tiga calon disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memulakan kempen menafikan royalti minyak RM12 bilion tuntutan kerajaan negeri Kelantan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud