ARTIKEL SEBELUM

11/09/14

Suasana PRK Balingian di Pengkalan Kubor

TUMPAT: PAS akur terhadap arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak berlaku sebarang ketegangan pada hari penamaan calon dan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor.

Pengarah Operasi PAS pilihan raya tersebut, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS dan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk memastikan penamaan calon berjalan lancar dan tenang.

“Kami menghargai nasihat yang disampaikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya menjadikan PRK Pengkalan Kubor terbaik seperti yang berlaku di Balingian, Sarawak,” katanya di sini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelmarin berharap PRK Pengkalan Kubor boleh menjadi pilihan raya kecil paling harmoni seperti di PRK Balingian, Sarawak.

Selain itu beliau memberitahu penggunaan aset milik kerajaan untuk berkempen pada mana-mana pilihan raya tidak boleh sama sekali.

Abdul Aziz menjelaskan demikian selepas mengunjungi hormat Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, Selasa lalu.

Wan Abdul Rahim yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Bharu berkata, PAS tidak akan mengadakan ceramah secara terbuka kepada penyokong pada hari penamaan calon.

“Saya juga telah memberitahu secara lisan kepada Tan Sri ketika bertemu di Kota Darulnaim. Jadi saya berharap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mematuhi garis panduan ditetapkan,” ujarnya.

Menurutnya, suasana seperti di Balingian pernah berlaku pada PRK Pulai Chondong pada 1997 di mana tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada hari penamaan calon dan sepanjang kempen berlangsung. - HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud