ARTIKEL SEBELUM

27/09/14

Pemuda DAP Sarawak isytihar tamat kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu.

Ia disifatkan ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ia akibat Mohd Khairil yang tidak menolak idea PAS untuk keluar dari PR baru-baru ini ekoran pengurangan kuota kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor dari empat kepada tiga kerusi sahaja.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei berkata, tiada lagi ruang untuk parti itu bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

King Wei menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat," katanya ketika dipetik portal BNBBC.my.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

"Sentiasa mendampingi UMNO juga," katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut King Wei, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan," katanya. - AA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud