ARTIKEL SEBELUM

19/09/14

Nak ganti Umno tapi ambil perangai Umno

Perwakilan Perak menggesa Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat merangka pendekatan baru untuk mentarbiyyah ahli parti itu yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Menurut Noh Ahmad, perkembangan terkini dalam parti itu dilihat mempunyai dua kumpulan pemikiran dan tindakan sehingga disiplin mereka sukar lagi dikawal.

"Adik-adik kita kurang jati diri, dulu bertengkar tapi tidak keluar dewan. Adik-adik kita tengkar tapi keluar dewan. Ini jejaskan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Namun katanya, pihak pucuk pimpinan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini kerana ia akan menjejaskan imej parti dan kepimpinan parti akan dipandang rendah.

"Kita ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.

"Percanggahan pemikiran dan perbezaan pendapat akan merosakkan kita," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud