ARTIKEL SEBELUM

10/09/14

BN umum Mat Razi calon PRK Pengkalan Kubor

Mat Razi 


KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon BN untuk PRK Dun Pengkalan Kubor.

Nama Mat Razi diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Khidmat BN Dun Pengkalan Kubor sebentar tadi.

Mat Razi, 49 yang dilahirkan pada 19 November 1965 mula bergiat dalam dunia politik semenjak 1990 sebagai Setiausaha Cawangan Simpangan.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai AJK Umno Bahagian pada tahun 2009 selain menjadi AJK Pemuda Umno pada tahun 2005.

Mat Razi yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga merupakan pengasas sebuah sekolah pondok di Kampung Simpangan.





Pengkalan Kubor: PAS umum calon malam esok

KOTA BHARU: PAS Kelantan mengakui bukan mudah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini, apa lagi untuk merampas Dun terbabit yang telah dimenangi BN sejak tiga penggal lalu.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun berkata, pihaknya akan berusaha lebih hebat lagi untuk menawan Dun terbabit.

Katanya, apa lagi dengan sokongan PKR untuk bersama PAS akan mencerahkan lagi hasrat itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

“Sengit, memanglah sengit pilihan raya ni, tetapi kita akan menghadapinya dengan suasana aman dan harmoni bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat,”ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, seterusnya memberitahu sokongan PKR secara terbuka untuk membantu calon Pakatan Rakyat daripada PAS akan membantu gerak kerja yang baik untuk meraih kemenangan.

Mengenai calon pula, beliau berkata ia akan diumumkan pada malam esok di padang belakang Masjid Geting, Tumpat.

“Tentang calon tunggu malam esok, insya Allah kita akan umum malam esok.

“Orangnya tentu orang tempatan dan yang paling anak Kelantan,” ujarnya ketika diminta mengulas soal calon. - HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud