Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan dari pihak hospital pada pukul 7 pagi.
"Bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu ditemui tukang cuci tandas yang melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tandas berkenaan selepas
terdengar tangisan bayi.
"Bayi itu ditinggalkan dalam kesejukan di atas siling tandas berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Idris berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya
jika sabit kesalahan. - Bernama