ARTIKEL SEBELUM

22/08/14

Salah lapor - Ahli Parlimen Shah Alam ,timbang saman akhbar

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang menyalah petik kenyataan beliau berhubung kuasa Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid, beliau secara peribadi tidak mengeluarkan kenyataan mempersoal kuasa mutlak Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar seperti dilaporkan media.

Sebaliknya, beliau hanya menyatakan pandangan awam dari pengguna internet.

"Media salah petik kenyataan saya. Saya berkata itu pandangan pengguna internet. Bukan pandangan saya.

"Hakikat bahawa saya sebut PAS beri dua nama jelas menunjukkan saya tiada masalah dgn amalan memberi dua nama tu dan saya sebut "ada pandangan...." Bila ditanya pandangan siapa, maka saya jawab "di alam maya, luar sana, ahli akademik, Tun Mahathir," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya beliau lagi, beberapa media telah membetulkan semula laporan mereka selepas ditegur termasuk The Malaysian Insider dan Malaymail.

"Tapi New Straits Times (NST) dan Free Malaysia Today (FMT) masih mengekalkan yang tidak betul.

"Saya memberi peluang kepada mereka untuk membetulkan laporan mereka. Jika tidak, saya akan mengemukakan notis saman," katanya.

Semalam beberapa media melaporkan kononnya Khalid menyatakan bahawa Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.

Laporan itu didakwa dibuat Khalid pada satu sidang media semalam.

Ekoran itu juga, PAS melalui setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali mendakwa kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

Dalam pada itu, Khalid turut memuat naik rakaman video sidang medianya semalam di blog beliau www.khalidsamad.com.

Dalam video itu menunjukkan, beliau ditanya wartawan tentang siapa memberi pandangan begitu.

"Di dalam internet di luar sana, di alam maya, di mana-mana, daripada ahli akademik, Tun Mahathir.

"Kamu ini saja nak kena sebut nama," jawabnya sambil ketawa.

- HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud