ARTIKEL SEBELUM

13/08/14

PKR, DAP tuntut PAS boikot mesyuarat exco



PKR dan DAP menuntut exco PAS memulaukan mesyuarat exco esok ekoran pemecatan enam exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata beliau telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memohon agar semua exco PAS menunjukkan solidariti bersama mereka yang dipecat.

"Saya telah menghubungi setiausaha agung PAS untuk meminta beliau sampaikan mesej kepada seluruh pucuk pimpinan PAS (untuk) bersolidariti dengan enam exco ini agar exco mereka (PAS) tidak datang esok," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Khalid hari ini memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.


 

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Mesyuarat tergempar diadakan hari ini antara Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan pemimpin DAP serta PKR Selangor membincangkan keputusan itu.

Guan Eng berkata beliau terkejut dan tidak faham bagaimana Khalid yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat boleh memecat lebih separuh dari exconya itu.

Justeru beliau menyatakan tidak dapat menerima perbuatan Khalid memecat mereka.

"Khalid perlu ingat beliau jadi menteri besar kerana mandat yang diberikan kepada Pakatan dan bukan kerana namanya Tan Sri Khalid.

"Oleh itu kerana surat pemecatan ini dihantar sedemikian DAP dan PKR tidak dapat menerima pemecatan berkenaan," kata beliau.

Guan Eng turut meminta agar semua penyokong Pakatan terutamanya di Selangor untuk bersabar sehingga krisis ini berakhir.

Anwar yakin tiada pengkhianat

Sementara itu Anwar berkata beliau yakin bahawa semua ADUN PKR dan DAP tidak akan mengkhianati atau meninggalkan parti berikutan perkara ini.

Ketika ditanya kemungkinan ada ADUN yang bakal meninggalkan parti dalam krisis ini beliau dengan yakin berkata semua mereka berada bersama beliau dan baru sahaja bermesyuarat di tingkat atas ibu pejabat parti.

"Saya yakin. Semua mereka (ADUN) berada di tingkat atas," kata beliau.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud