ARTIKEL SEBELUM

21/08/14

Najib membisu pada kritikan Mahathir

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu malam hanya berdiam diri apabila diminta pemberita mengulas kritikan keras Tun Dr Mahathir Mohamad padanya baru-baru ini.

Ditanya berhubung kenyataan Mahathir bahawa pentadbirannya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum itu, Najib hanya tersenyum dan terus berjalan.

Sebelum ini beliau juga telah menolak mengulas kritikan Mahathir, perdana menteri keempat.

Sehari sebelumnya, Najib memberitahu pemberita akan mengulas perkara itu pada lain masa.

Mahathir pada 18 Ogos menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Najib pada Rabu malam menghadiri majlis ulang tahun ke-68 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (Acccim) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Presiden Accim Datuk Lim Kok Cheong menggesa kerajaan mempertimbangkan semula tempoh satu tahun yang diberikan sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Lim juga mahu kerajaan mempertimbangkan kadar GST 6 peratus yang ditetapkan untuk tempoh lima tahun.- Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud