ARTIKEL SEBELUM

9/08/14

Kerajaan sedia kaji tutup Facebook - Menteri

 Disebabkan laporan yang dibuat terhadap penyalahgunaan laman sosial Facebook, kerajaan berkata akan mengkaji kewajaran menutup laman tersebut. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014.

Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu), tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita .Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.

"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tidak ada kena mengena dengan politik pun... aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita hendak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.

Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu. – Bernama,

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud