ARTIKEL SEBELUM

9/08/14

'Ini bukan 1998, Khalid bukan seteru saya'

 


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi yang dialami Tan Sri Khalid Ibrahim kini berbeza dengan keadaan semasa beliau berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tegasnya, menteri besar Selangor itu tidak akan dipecat dengan tidak adil dan menjadi musuh ketat PKR

Katanya, Khalid sendiri sudah mendapat bayangan mengenai rancangan untuk menggantikan menteri besar sejak 15 Januari.

Namun, keputusan akhir akan dibuat secara muafakat di kalangan pemimpin Pakatan, walau Khalid tetap berkeras untuk tidak meletak jawatan menteri besar.

“Saya tidak fikir ianya betul untuk mengumpamakan perisitiwa penuh dendam pada 1998 itu dengan situasi sekarang dan isu yang timbul. Saya tampil untuk melawan Umno, bukan untuk memperteguhkan Umno.

“Bila sampai waktu yang sesuai, sekiranya perlu, say akan jelaskan. Apa yang orang ramai perlu tahu, kita sudah memerhatikan proses mesyuarat kaunseling dan nasihat (dengan Khalid) berlangsung berulang kali,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar bukan sahaja menyifatkan Khalid sebagai seorang kawan, tetapi juga seorang saudara.

Beliau turut mengingatkan Khalid bahawa menteri besar itu mengetuai jentera kempen pilihan raya kecil DUN Kajang, yang akan membolehkan Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik menggantikan beliau.

Anwar berkata, Wan Azizah serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS dan Lim Kit Siang dari DAP sudah melakukan pertemuan demi pertemuan berhubung 'Langkah Kajang' untuk menggantikan Khalid.

Malah, Khalid juga menyertai salah satu mesyuarat tersebut di Shah Alam, kata Anwar.

Maka, isu tersebut tidak perlu digembar-gembur menjadi permusuhan yang pahit, katanya.

“Sebab itulah saya mengelak dari menjawab tuduhan dari budak-budak bawah. Kadang-kadang, mereka melampau sedikit dan nasihat saya agar mereka sentiasa ingat dan fokus pada perjuangan bersama parti.

“Tidak perlu jadi melampau,” katanya dalam sidang media tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud