ARTIKEL SEBELUM

11/08/14

DAP sokong cadangan PKR ganti MB Selangor

KUALA LUMPUR: DAP menyokong penuh cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mendakwa Abdul Khalid tidak lagi mempunyai mandat dari segi demokrasi dan kuasa yang sah untuk terus kekal sebagai menteri besar apabila beliau dipecat daripada PKR dan oleh itu perlu berundur secara berhemah.

"Kesemua 15 wakil DAP Selangor telah menyuarakan sokongan penuh mereka terhadap cadangan itu.

"Ketiga-tiga exco DAP di Selangor akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam tempoh peralihan, sehinggalah menteri besar Selangor yang baharu dilantik," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu di sini hari ini.

Tiga exco DAP itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim, Adun Kota Alam Shah Veraman Ganabatirau dan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Semalam, PKR mengambil keputusan memecat Abdul Khalid setelah memutuskan bahawa menteri besar Selangor itu secara terbuka mengingkari arahan parti itu supaya melepaskan jawatannya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud