ARTIKEL SEBELUM

6/07/14

Presiden PAS kembali sihat, sampaikan tazkirah Ramadan

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan tazkirah Ramadan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Julai, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini kembali sembuh dan memulakan semula rutinnya di Masjid Rusila, Marang, Terengganu apabila menyampaikan tazkirah Ramadan malam tadi.

Tazkirah itu disampaikan sebaik saja selesai solat sunat terawih di masjid yang terletak bersebelahan rumahnya.

Sudah lebih sebulan beliau tidak bersama anak murid dan pengikutnya di Masjid Rusila selepas dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki 30 Mei lalu.Hadi yang kelihatan lebih kurus namun sihat kelihatan sebak ketika berucap malam tadi dan mengucapkan terima kasih untuk doa, sumbangan dan kunjungan pelbagai pihak ketika beliau sakit baru-baru ini.

"Semoga ia dijadikan amal soleh di bulan yang mulia ini," katanya dalam tazkirah khas yang berlangsung hampir 20 minit itu.

Hadi dimasukkan ke hospital Medipol Universitesi Hastanesi di Istanbul pada Mei lalu akibat sesak nafas ketika berada di Turki untuk menyertai satu program antarabangsa di sana.

Selepas kira-kira seminggu di sana, beliau dibenarkan keluar dan pulang ke tanah air dan berehat di ibu negara sebelum pulang ke rumahnya di Marang kelmarin.

Sebelum pulang pulang ke Terengganu, beliau membuat pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di mana beliau menerima kunjungan pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud