ARTIKEL SEBELUM

13/07/14

Motosikal polis masuk sungai ditendang suspek

Keadaan motosikal trafik yang ditunggang anggota polis terhumban ke dalam anak sungai selepas ditendang suspek di kawasan Mambang Diawam, ​ pagi tadi​.  

IPOH - Dalam usaha menyelamatkan diri dalam Ops Cantas, seorang suspek menendang motosikal yang dinaiki seorang anggota polis yang mengejarnya hingga terbabas ke dalam sungai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kejadian itu berlaku di sekitar Mambang Diawan dekat Kampar.

"Suspek menendang motosikal yang dinaiki anggota polis itu bagi mengelak ditangkap. Motosikal itu kemudian masuk ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berjaya melepaskan diri di laluan gelap. Anggota polis terbabit tidak cedera.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi yang bermula Isnin sehingga semalam itu, polis menahan 29 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Katanya, 20 daripadanya warga Indonesia, Nepal (5), Bangladesh (1) dan Vietnam (3).

Jelasnya, enam penjenayah ditangkap atas pelbagai kesalahan seperti kes curi motor, pecah rumah dan dadah.

Tambahnya, 96 saman trafik dikenakan terhadap pengguna jalan raya. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud