ARTIKEL SEBELUM

5/07/14

Ibu rebah sebaik Sharifah Aini disemadikan

 

Ibu kepada Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas tidak dapat menahan kesedihan apabila jenazah anaknya itu dikebumikan hari ini.

Sharifah Noor, 80, rebah ke tanah sebaik jenazah Allahyarhamah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tengahari tadi.

Beliau kemudiannya dipapah oleh anggota keluarga dan dibawa ke satu khemah yang disediakan di kawasan tanah perkuburan tersebut untuk berehat buat.

Anak keduanya yang merupakan biduanita tersohor itu meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, adik kepada Sharifah Aini, Sharifah Rahmah ketika ditemui Malaysiakini berkata, beliau terkejut dengan pemergian kakanya tengah malam tadi.

Katanya, beliau sudahpun pulang ke Johor Bahru pada malam tadi kerana diberitahu oleh doktor bahawa keadaan kakaknya itu kembali stabil.

Tambahnya, beliau bergegas semula ke Kuala Lumpur apabila dimaklumkan bahawa Sharifah Aini dalam keadaan kritikal awal pagi ini.

Selain anggota keluarganya, upacara pengebumian itu turut dihadiri penggiat dan karyawan seni yang sezaman dengan Allahyarhamah.

Antaranya, penyanyi, Nassier Wahab yang berkata, pemergian Allahyarhamah juga satu kehilangan bagi Malaysia.

"Dia (Sharifah Aini) penghibur evergreen. Kita kehilangan seorang lagi biduanita selepas Saloma," katanya dengan nada sayu kepada Malaysiakini.

Katanya, beliau bagaimanapun berasa bertuah kerana dapat menatap wajah Sharifah Aini sebelum jenazahnya dikafankan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara pagi ini.

Seorang lagi rakan kepada Allahyarhamah, Hail Amir pula terkilan kerana tidak dibenarkan melawat Sharifah oleh doktor di hospital – susulan jangkitan yang dihidapi Allahyarhamah.

Katanya, rakaman lagu duet 'Bisikian Hati di Pagi Raya' bersama Sharifah Aini akan kekal menjadi kenangan manis buatnya

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud