ARTIKEL SEBELUM

8/07/14

BUFET RAMADAN JUAL ARAK


Kuala Lumpur: Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang mempromosi bufet Ramadan, dikesan turut menjual minuman keras kepada pengunjung. Pengusahanya juga menawarkan bufet Ramadan walaupun tanpa sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang boleh mengelirukan umat Islam.

Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Hab Halal JAKIM menerima aduan orang ramai dan anggota penguat kuasa yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Othman, melakukan pemeriksaan mengejut di restoran itu pagi semalam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud