ARTIKEL SEBELUM

6/06/14

Saham dalam Cadbury, Felda Holdings wajar jelas kedudukan sebenar

cbard 

Ketika umat Islam negara ini masih keliru dengan status sebenar isu DNA babi dalam coklat Cadbury, wujud dakwaan kononnya Felda Holdings Bhd adalah salah satu pemilik saham syarikat terbabit, Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata penjelasan perlu dibuat ekoran wujudnya kenyataan media yang berlegar di laman sosial facebook yang mengaitkan Felda Holdings bhd sebagai pemegang saham syarikat pengeluar coklat terbabit.

“Ada satu kenyataan media yang mendakwa sebagai Majlis Belia Felda sebagai respon kepada status saya.

“Kenyataan itu mendakwa dakwaan saya Felda memegang saham Cadbury adalah satu pembohongan kerana sebenarnyayang memiliki saham Cadbury adalah Felda Holdings Bhd dan bukannya Felda.

“Kalau betul kenyataan ini asli, jelas menunjukkan tahap pemikiran pengampu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

felda sawit


Badrul Hisham juga percaya masyarakat Islam negara ini ingin mengetahui adakah dakwaan itu benar tidak kira sama ada besar atau kecil saham yang dipegang.

“Orang ramai perlu sedar kebanyakan syarikat besar di negara ini mempunyai pegangan saham oleh kerajaan melalui agensinya.

“Mereka perlu ambil sikap bertanggungjawab sebab persepsi rakyat yang mengatakan disebabkan kamu yang pegang saham maka sudah jadi halal pula sukar ditolak,” katanya.

Badrul Hisham turut mempertikaikan dua laporan berbeza iaitu antara laporan makmal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan Malaysia.

“Adakah kajian makmal yang dijalankan JAKIM lebih pandai daripada pihak yang menjalankan kajian bagi Jabatan Kesihatan Malaysia atau bagaimana kerana ini menambahkan kekeliruan rakyat,” kata.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud