ARTIKEL SEBELUM

6/06/14

PM Najib pening kepala !!

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

SUNGKAI- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berseloroh mengatakan pening untuk memilih pasukan mana yang harus disokong pada pentas akhir Piala FA di antara Pahang dan Felda United, malam esok.

"Saya kena pakai dua jersi. Felda dan Pahang. Saya menteri jaga Felda tapi orang Pahang. Lebih selamat kalau menonton siaran langsung di rumah," katanya disambut gelak ketawa hadirin ketika berucap di Majlis Pelancaran Perkhemahan Bitara STEM UKM-Felda di MRSM Felda Trolak, Sungkai, hari ini.

Perlawanan di antara Pahang dan Felda United akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam esok.

Pahang menamatkan kemarau lapan tahun untuk ke pentas final mengatasi finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim menerusi agregat 2-1, sementara Felda United mencatat sejarah tersendiri apabila menyingkirkan juara bertahan, Kelantan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud