ARTIKEL SEBELUM

5/06/14

Peminat Kilauan Emas cetus kekecohan

 

Hampir 500 peminat setia rancangan Kilauan Emas 4 merusuh di hadapan pintu masuk Dewan Seri Putra di Bukit Jalil sebentar tadi apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke gelanggang yang menjadi medan saingan akhir program itu.

Difahamkan, kekecohan itu timbul akibat bilangan penonton yang hadir terlalu ramai manakala tempat duduk yang disediakan di dewan berkenaan pula terhad. Pintu masuk mula dewan terbabit ditutup jam 9 malam kerana rancangan popular itu bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima, tepat jam 9.30 malam.

Tindakan berkenan mencetuskan situasi tegang apabila mereka yang tidak dapat masuk mula menjerit dan berasak-asak di hadapan pintu masuk.

Sebahagian daripada mereka dilihat menghentak-hentak sepanduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal apabila pihak Astro menyediakan skrin besar untuk mereka menyaksikan program final itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud