ARTIKEL SEBELUM

7/06/14

MALAYSIA kalah

MALAYSIA kalah 3-2 kepada India dalam perlawanan Kumpulan A, Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Stadium GreenFields, The Hague, Belanda, hari ini.

India mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Gol India dijaringkan oleh Jasjit Singh Kular pada minit ke-15.

Malaysia pula membalas jaringan hasil pukulan Muhammad Razie Abdul Rahim pada m-46 dan diikuti oleh jaringan pasukan India oleh Akashdeep Sigh pada m-49 dan m-51.

Muhammad Marhan Mohd Jalil pula merapatkan jurang dengan jaringan pada m-61.

MALAYSIA juga boleh melupakan sasaran 10 pasukan terbaik pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 selepas kalah 3-2 kepada India dalam saingan Kumpulan A di Stadium GreenFields, The Hague, Belanda, hari ini.

Kekalahan keempat itu menyaksikan skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kekal berada di tangga tercorot daripada enam pasukan dalam kumpulan tanpa mengutip sebarang mata.

Sebelum ini, Malaysia kalah 4-0 kepada juara bertahan Australia diikuti 6-2 dengan Belgium dan 2-0 kepada England.

Skuad hoki negara akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Sepanyol di venue yang sama, Isnin ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud