ARTIKEL SEBELUM

15/06/14

'Lantik TPM dari Sabah, Sarawak'

 

ADUN Sabah Datuk Jeffrey Kitingan menggesa kerajaan melantik dua orang lagi timbalan perdana menteri, masing-masing dari Sabah dan Sarawak untuk membendung perasaan tidak puas hati warga Malaysia Timur.

"Lantik seorang timbalan perdana menteri untuk setiap wilayah dan perdana menteri akan dipilih oleh wakil rakyat atau menerusi sistem penggiliran," kata beliau di sebuah forum bertajuk 'Perjanjian Malaysia 1963' di Kuala Lumpur hari ini.

Jeffrey yang juga pengerusi Yayasan Warisan Borneo mencadangkan semenanjung Malaysia kekal dengan 11 negeri sementara Sarawak dibahagikan kepada sembilan negeri manakala Sabah, lima negeri.

Beliau menambah perlunya tiga TPM masing-masing satu untuk semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kita perlu struktur semula, kita tak boleh biarkan begitu saja kerana ia sekarang berat sebelah. Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah dari Malaysia," kata beliau.- mk

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud