ARTIKEL SEBELUM

19/06/14

Del Bosque kecewa ...Sepanyol tersingkir awal

RIO DE JANEIRO: Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas pasukan juara bertahan itu tersingkir awal daripada kancah Piala Dunia berikutan kekalahan kepada Chile 2-0, awal pagi ini.

“Ini hari paling sedih untuk kami semua,” katanya selepas menyaksikan Sepanyol gagal mengutip sebarang mata daripada Kumpulan B selepas kalah kepada Belanda 5-1 dalam perlawanan pertama, Jumaat lalu.Kami minta maaf kerana gagal menyambung kejayaan di sini. Namun, ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis arah tuju kami selepas ini.

“Kami kurang mantap berbanding kekuatan Belanda dan Chile. Mereka berjaya mendapatkan gol dan ini menyulitkan cabaran kami mengatasi halangan daripada mereka. Kami tidak banyak menyerlah pada babak pertama dan kurang mengancam untuk merapatkan jurang.

“Gol pertama Chile menyemarakkan semangat mereka dan mereka bermain mempertahankan kedudukan itu untuk mencari kemenangan.”

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud