ARTIKEL SEBELUM

19/06/14

Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat tiba di tanah air ..

Gambar: (Admin) :Terkini dari Turki, bersama cucu. Insya'Allah Tuan Guru Presiden akan pulang ke Tanahair dalam masa terdekat, doa untuk Tuan Guru Presiden .




Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. 


Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud