ARTIKEL SEBELUM

24/05/14

SMS palsu Adun DAP untuk takutkan pengundi

  


KUALA LUMPUR: Nombor telefon beberapa wakil rakyat DAP Pulau Pinang telah digodam dan diklon bagi menghantar sms fitnah bagi menakut-nakukan pengundi, terutama orang Melayu, lapor Roketkini.

Ia dipercayai sebagai sebahagian usaha saat akhir pihak-pihak tertentu untuk menyekat kemenangan calon DAP Ramkarpal Singh dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, esok.

Antaranya adalah sms menggunakan nombor Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Professor P Ramasamy yang berbunyi, “Ingt pengundi melayu Sg Gelugor/ Kg melayu, Gerai kamu akan dirobohkn slps PRK!!!”.

Selain Ramasamy, wakil rakyat lain yang turut menjadi mangsa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer.

Rayer dalam pesanan Whatsapp memaklumkan, beliau telah membuat laporan polis berhubung fitnah jahat itu di Balai Polis Jelutong jam 11 malam tadi.

Memetik laporan polis itu, beliau membuat laporan polis selepas menerima beberapa panggilan telefon yang menuduhnya menghantar sms berbau perkauman.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ceramahnya di Sekolah Menengah Han Chiang di sini mengecam taktik kotor pihak yang tidak bertanggugjawab itu.

“Beberapa sms palsu kononnya dihantar wakil-wakil rakyat kita. Itu adalah satu usaha jahat untuk menakut-nakutkan pengundi.

“Saya seru semua rakyat Pulau Pinang agar jangan percaya dengan sms itu,” katanya lagi.

Bagi kawasan Parlimen Bukit Gelugor, jumlah pengundi Melayu adalah 15.16 peratus, Cina (74.25 peratus) dan India (10.15 peratus).

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud