ARTIKEL SEBELUM

7/05/14

“Saya tetap terus berjuang di Malaysia walaupun ke penjara” - Anwar

 anwar mahkamah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan terus berjuang menegakkan keadilan di negara ini walaupun mengetahui nasibnya yang mungkin akan ke penjara.

Anwar berkata demikian walaupun dipujuk kumpulan Islam di United Kingdon dan bekas Naib Presiden AS, Al Gore untuk tinggal di luar negara berikutan kebarangkalian tidak mendapat perbicaraan adil di negara ini dalam kes Fitnah II.

“Saya serta beberapa rakan di London bermesyuarat dengan kumpulan Al Gore dan kumpulan Islam di UK. Mereka semua tanpa teragak-agak memujuk saya untuk kekal di London supaya tidak pulang.“Mereka semua tahu sistem badan kehakiman kebal dan menganggap saya akan masuk ke penjara.

“Tetapi saya berkata kepada mereka. Terima kasih banyak dan saya sudah membuat keputusan untuk terus berjuang di Malaysia,” katanya dalam temubual bersama media dari Jepun, The Diplomat, minggu lalu.

Anwar berkata, rakyat Malaysia juga mempunyai had dan kesabaran melihat semua ketidakadilan yang berlaku membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat.

“Bukan saya dan Karpal Singh sahaja dalam percubaan mereka untuk disumbat ke penjara, tetapi beberapa ahli parlimen, Adun dan pemimpin parti.

“Saya rasa trend ini akan berterusan. Ke mana anda akan pergi jika mempunyai masalah? Adakah anda akan pergi ke mahkamah? Anda tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.

“Saya fikir pemimpin ‘kuku besi’ gagal menyedari bahawa ada had untuk masyarakat bertahan,” katanya.

Anwar berkata, daripada senarai nama hakim, cara mereka mempercepatkan proses perjalanan mahkamah, selain tidak membenarkan tempoh mendapatkan dokumen perubatan jelas membuktikan kelemahan selain menyalahguna fakta dam kes Fitnah II terhadapnya.

“Sangat jelas bahawa eksekutif (mahkamah) telah bertindak di bawah arahan penguasa politik mereka,” kata Anwar.

Beliau berkata, pihaknya melakukan persiapan terbaik mendapatkan pasukan peguam untuk mendedahkan keseluruhan kemelut di mahkamah.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II. - SK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud