Seorang warga Singapura membuat laporan polis kerana sepinggan nasi goreng kampung yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan dekat sini "terlalu pedas".
Lelaki itu, Lau Thiam Huat, 63, mendakwa nasi goreng kampung yang dipesannya itu terlalu panas dan pedas "sehingga ke hari ini saya rasa pedas nasi goreng yang dimakan semalam".
Lelaki tersebut makan di kedai yang tidak dinamakan itu lebih kurang pukul 9 malam pada 30 April lalu.
Dia membuat laporan polis berkenaan lebih kurang 24 jam kemudian pada 1 Mei.