ARTIKEL SEBELUM

30/05/14

Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi dikejarkan ke hospital


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud