Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.
Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.
Menurut organ DAP Rocket, peserta perhimpunan melempar pejabat parti itu dengan telur dan merosakkan papan tanda dan pintunya.
Memakai kain ikat kepada mereka, mereka mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai “rasict” (sic) dan “celaka”.
Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar”.
Mkini
Mkini