Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini berkata pelajar bukan Islam yang menghadiri temu duga biasiswa, tidak perlu disoal mengenai Islam, kata seorang pegawai Mara negeri ekoran dakwaan ketaksuban agama.
Timbalan Pengarah Mara Negeri Sarawak, Mariam Mohtar memberitahu The Malaysian Insider pegawai dari ibu pejabat di Kuala Lumpur yang menjalankan temu bual biasiswa berkenaan sedang disiasat.
Mariam berkata demikian kepada Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing (gambar) yang sebelum ini menyifatkan Mara sebagai "bodoh" kerana menyoal pelajar bukan Islam berkenaan Islam semasa temu duga mereka untuk bantuan kewangan.
Serangan Masing terhadap Mara disebabkan aduan yang diterima daripada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nigel Unchat Jeremaiah, yang berkata beliau disoal mengenai hudud, rukun solat dan adat menziarah jenazah dan lain-lain semasa temu duga Sabtu lalu.
Mariam berkata siasatan kini mungkin akan melihat bagaimana temu duga dengan Nigel dilakukan.
Mariam, yang juga terlibat dalam temu duga tetapi dengan kumpulan lain, "menyokong para pegawai dari Kuala Lumpur," berkata Mara mempunyai modul bagi soalan serta garis panduan “ketat” bagaimana temu duga perlu dijalankan.
"Ya, ada soalan mengenai Islam tetapi ia hanya untuk yang beragama Islam," katanya.
Bagi bukan Islam katanya, akan ditanya, apa yang digambarkan sebagai, "soalan sivik".
"Pada dasarnya soalan ini adalah soalan berkaitan pengetahuan am, seperti pendapat mereka terhadap pecahan dalam keluarga.
"Semua soalan ini pada dasarnya adalah untuk menilai pengetahuan am dan tahap pemikiran.
"Ini adalah kumpulan temu duga dan kita tahu siapa yang beragama Islam dan bukan Islam.
"Jika pelajar itu Muslim, dia mungkin mendapat soalan mengenai agamanya," katanya.
Nigel, bagaimanapun, mendakwa soalan itu tidak tidak ditujukan kepada pelajar secara individu.
Beliau berkata penemuduga melemparkan soalan kepada kumpulan dan mereka kemudiannya akan dinilai secara individu di atas jawapan yang diberi.
Nigel, yang menghadiri temuduga di Maktab Rendah Sains Mara di Semariang, luar Kuching, berkata daripada kira-kira 30 pelajar yang pergi untuk temu duga petang Sabtu itu, kira-kira 10 orang daripadanya bukan Islam.
Beliau bimbang kegagalannya jawapan semua soalan itu menggagalkan peluangnya untuk mendapat biasiswa.
Nigel berharap dapat mengikut jejak langkah dua adik-beradik yang terdahulu – seorang di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan seorang di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Beliau hanya akan mengetahui jawapan bagi temu duga biasiswa Mara apabila pada 8 Mei. TMI