ARTIKEL SEBELUM

13/05/14

PAS Ganu saran Dun dibubar

 

PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

"Namun kita sedang berbincang dan sebarang keputusan akan kita maklum, tetapi yang penting mandat rakyat itu kita patut berikan," sambung beliau.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN hanya mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pakatan Rakyat 15 kerusi yang diwakili PAS (14) , PKR (satu) dan tiga dari Bebas.

Tiga Adun BN yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud