ARTIKEL SEBELUM

13/05/14

Krisis Umno Ganu - Speaker nafi DUN T'ganu bubar

 

Speaker DUN Terengganu Datuk Zubir Embong menafikan khabar angin bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan susulan tiga wakil rakyat termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

"(Itu) khabar angin. Tak betul. OK, terima kasih," kata Zubir ringkas ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.22 petang ini.

Kemelut politik Terengganu kembali tercetus susulan jawatan menteri besarnya yang sebelum ini dipegang oleh Ahmad bertukar kepada exconya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis angkat sumpah semalam.

Tidak lama selepas itu Ahmad dan juga ADUN Kijal mengumumkan keluar Umno dan menjadi bebas. Turut mengikuti jejaknya ialah ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.

Hal demikian menyebabkan kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri tinggal 14 daripada 32 kerusi . Manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi dan bebas pula 3 kerusi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud