ARTIKEL SEBELUM

6/05/14

Menang PRU13 dengan selesa, setahun kemudian penjarakan musuh politik?

Setahun selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan undi dan kerusi lebih sedikit, lebih ramai ahli Parlimen pembangkang Pakatan Rakyat didakwa dan boleh jadi dipenjarakan.

Hari ini  Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta Hasutan, beberapa minggu selepas mendiang Karpal Singh didapati bersalah di bawah akta yang sama.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan akan dipenjara buat kali kedua kerana didapati bersalah meliwat manakala rakan PKR beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan didakwa semula di bawah Akta Perhimpunan Aman.



Baru dua minggu lepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman – yang mewajibkan notis 10 hari sebelum perhimpunan – tidak berperlembagaan.

Pada Julai 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Akta Hasutan akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang belum siap ketika lebih ramai yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Apakah rakyat Malaysia atau 51% pengundi yang memberikan undi kepada Pakatan akan hanya memandang wakil rakyat mereka satu persatu diambil, yang berfikir mereka hanya boleh menang dengan membuatkan pembangkang “hilang”?

Dan ia dari Najib yang dipuji kerana berjiwa reformis oleh Presiden Amerika Barack Obama yang melawat Malaysia dua minggu lalu.

Apakah kerajaan akan berkata ini adalah keputusan bebas pihak pendakwa sedangkan semua tahu hatta operasi untuk mencari kapal terbang yang hilang juga memerlukan kelulusan Putrajaya?

Atau pendakwaraya yang memaksa dakwaan terhadap Kok kerana hasutan melalui klip video “Onederful Malaysia” dan Nik Nazmi kerana kesalahan di bawah undang-undang yang tidak berperlembagaan.

Realitinya adalah semuanya terletak di tangan perdana menteri. Projek R&D juga memerlukan kelulusan beliau.

Apakah lagi mendakwa pembangkang?

Walaupun pilihan raya akan datang empat tahun lagi, namun usaha sistematik untuk membuang pemimpin pembangkang yang popular menunjukkan Putrajaya membelakangkan jiwa reformisnya dan kembali kepada cara lama.

Bagaimana lagi BN boleh menang pilihan raya selain dari secara fizikal membuang pemimpin politik dengan menggunakan undang-undang kuno seperti Akta Hasutan?

Apakah rakyat akan percaya lagi dengan slogan 1Malaysia yang dibuat Najib "era kerajaan semua tahu sudah berlalu" bila beliau menjadi perdana menteri 2009 lalu?

Tidak ada cara lain lagi melainkan memberitahu kerajaan bahawa rakyat yang meletakkan mereka ke tampuk kuasa dan rakyat akan menjatuhkan kerajaan yang gagal menunaikan janjinya.-  

sumber TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud